orang yang mengingati kematian dengan benar akan merasa suatu kenikmatan dan zuhud terhadap dunia.Sebagaimana kita ketahui kecintaan terhadap dunia adalah faktor utama yg mendorong tindak dosa .Ketergantungan terhadap dunia juga menjadi sebab mengerasnya hati .Jiwa yg kotor dan hati yang lalai membutuhkan suatu mauidhah dan sarana yang efektif untuk menyedarkannya.
Dzikrutul maut membuat seseorang memfokuskan perhatiannya kapada alam akhirat yang kekal sekaligus mermehkan dunia,dan tidak berangan -angan yg panjang juga menjadi faktor utama kerasnya hati
Thursday, August 26, 2010
Wednesday, August 18, 2010
KAMPUNG PARIT HAJI BAKI
Salam....
ari aku nak bercerita pasal kampung yang amat aku cintai..iaitu kampung parit haji baki.Dlu kau menetap kat sungai abong..tp umur ku genap 7 tahun aku berpindah ke parit hji baki.Mla ak igt penduduk kampung nji berlagak....tapi tekaan aku salah..Setelah seminggu ak tinggal disini ak mla rapat ngan penduduk disini..penduduk kat sini sempoi giler baik yg mda mahupun yg berumur..kat kampung ni surau dekat,kedai dekat,tmpt makan dpn umah jer huhhuhhu bestnyr.....ak harap ni lah lah kali terakhir ak berpindah...Kini telah genap 18 tahun ak menetap bersama keluarga disini...atuk yg tersayang pon kembali ke rahmatullah disini...Kini aku bersama rakan2 akn menjaga nama baik kampung parit haji baki ini supaya tidak tercemar.Kalo anda ak tau penduduk disini kalo nak wat ap2 ,majlis tdk perlulah memanggil org luar untok membantu bdk kampg ini dah terlalu cukup untok membantu mereka ...seronok giler.....

Tuesday, August 17, 2010
islam
KELEBIHAN-KELEBIHAN AGAMA ISLAM
Firman Allah Taala, maksudnya: " .. dan aku telah redhakan Islam menjadi agama untuk kamu .. (3, Al-Maidah).
Hadis Kesepuluh
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا أَسْلَمَ الْعَبْدُ فَحَسُنَ إِسْلَامُهُ يُكَفِّرُ اللَّهُ عَنْهُ كُلَّ سَيِّئَةٍ كَانَ زَلَفَهَا وَكَانَ بَعْدَ ذَلِكَ الْقِصَاصُ الْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ وَالسَّيِّئَةُ بِمِثْلِهَا إِلَّا أَنْ يَتَجَاوَزَ اللَّهُ عَنْهَا. (البخاري)
10 - Dari Abi Sa'id Al-Khudri ra., bahawa ia telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang itu memeluk Islam, lalu ia mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), Allah akan mengampunkan tiap-tiap kejahatan yang telah dilakukannya dahulu (sebelum Islam) dan sesudah itu dijalankanlah balasan (bagi segala amalnya) - tiap-tiap satu kebaikan (akan dibalas) dengan sepuluh kali gandanya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan (akan dibalas) dengan satu kejahatan yang menyamainya, kecuali jika Allah mengampunkannya."
(Bukhari)
Hadis yang kesepuluh ini mengandungi:
(1) Setiap orang yang masuk Islam dengan sebenar-benarnya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
(2) Sesudah ia masuk Islam, baharulah ia akan diberi balasan menurut ketetapan yang tertentu.
(3) Balasan orang yang berdosa, terserah kepada Allah.
Huraiannya:
Pertama - Soal orang kafir masuk Islam:
Tiap-tiap perbuatan yang dikerjakan dan kepercayaan yang dii'tikadkan oleh seseorang tetap dikira baik dan buruknya, atau pahala dan dosanya.
Tetapi orang kafir apabila masuk Islam, maka segala bawaannya meliputi perbuatan dan kepercayaan yang dilakukannya sebelum itu diampunkan dan bersihlah ia dari menanggung sebarang dosa.
Kedua - Balasan amalnya yang dilakukan setelah memeluk Islam:
Sesudah itu dijalankan semula hitungan tentang kepercayaan dan amal-amal yang dilakukannya, juga tentang dosa dan pahalanya, iaitu tiap-tiap satu amal kebajikan yang dikerjakannya apakala sempurna syaratnya diberi balasan sepuluh kali ganda hingga tujuh ratus kali ganda, menurut kesempurnaan amal-amal itu dan keikhlasan orang yang mengerjakannya.
Sebaliknya tiap-tiap satu amal kejahatannya - jika dikehendaki Allah - dibalas dengan hanya satu kejahatan yang sama dengannya.
Ketiga - Balasan orang yang berdosa:
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menerangkan satu hakikat bahawa orang yang melakukan dosa tak boleh ditentukan balasan buruknya, kerana hal itu terserah kepada Allah Azza wa jalla.
Oleh yang demikian, tidak harus bagi seseorang menentukan balasan buruk kepada orang yang mati dalam maksiat.
Dengan ini tertolaklah pegangan puak yang menetapkan balasan neraka kepada orang yang melakukan dosa besar dan pegangan puak yang mengatakan bahawa orang yang berdosa besar, terkeluar dan Islam; juga tertolaknya kepercayaan puak yang menetapkan bahawa orang yang berdosa besar itu kekal dalam neraka.
Hadis Kesebelas
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَحْسَنَ أَحَدُكُمْ إِسْلَامَهُ فَكُلُّ حَسَنَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ وَكُلُّ سَيِّئَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِمِثْلِهَا. (البخاري)
11 - Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keIslamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebaikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya."
(Bukhari)
Hadis yang kesebelas ini mengandungi tentang:
Nilaian Islam terhadap kebajikan dan kejahatan:
Huraiannya:
Islam memang ada kelebihannya dengan sifatnya agama yang sah di sisi Allah. Di antara kelebihan-kelebihan Islam ialah tiap-tiap satu amal yang baik diberi balasan sekurang-kurangnya dengan sepuluh kali ganda. Kelebihan ini tidak dapat dicapai dengan pengakuan mulut semata-mata, atau dengan sebab keturunan Islam sahaja, tetapi dicapai hanya dengan amal-amal yang baik, yang sempurna lagi ikhlas untuk beroleh keredhaan Allah `Azza wa Jalla.
Bagi orang yang baru masuk Islam, sebagaimana yang diterangkan perihalnya dalam hadis yang kesepuluh, hendaklah - selain daripada tetapnya mematuhi Islam - masuknya dengan tujuan mencari keredhaan Allah semata-mata, bukan kerana tujuan yang lain.
Bagi orang-orang yang berketurunan Islam pula, hendaklah mereka tetap mematuhi Islam, dan mengerjakan ajaran-ajaran Islam dengan sempurna dan ikhlas! Dengan yang demikian baharulah Islamnya itu dinilai oleh Allah Taala dan diberi balasan yang berganda-ganda.
Hadis Kedua Belas
عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ شَهِدَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَأَنَّ عِيسَى عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ أَدْخَلَهُ اللَّهُ الْجَنَّةَ عَلَى مَا كَانَ مِنْ الْعَمَلِ. (البخاري ومسلم)
12 - Dari Ubadah bin As-Samit r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang meyakini serta menerangkan kebenaran bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah hambaNya dan RasulNya dan bahawa sesungguhnya Nabi Isa ialah hamba Allah dan anak hambaNya (Mariam) serta RasulNya dan (Nabi Isa juga ialah "Kalimah Allah"(1) yang telah disampaikan kepada Maryam dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya(2) dan (bahawa) Syurga (yang dijanjikan) itu benar dan Neraka (yang dijanjikan) itu benar, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga dengan apa sahaja keadaan amalnya."
(Bukhari dan Muslim)
__________________________
(1) "Kalimah Allah" yakni Nabi Isa (a.s.) dijadikan oleh Allah Taala tidak berbapa, hanya dengan kalimah "Kun" ertinya: "Jadilah engkau" maka menjadilah ia.
(2) Yakni bahawa Nabi Isa (a.s.) dikandungkan oleh ibunya: Siti Maryam yang masih gadis hanya dengan tiupan "Roh Al-Qudus" (Malaikat Jibril) yang datang kepadanya dengan perintah Allah `Azza Wa Jalla, meniupkan benih ke dalam rahimnya.
Kandungan hadis yang kedua belas ini menerangkan:
(1) Keyakinan dan penerangan yang dengannya seseorang tetap dimasukkan ke dalam Syurga.
(2) Islam menentang fahaman-fahaman sesat.
Huraiannya:
Pertama - Keyakinan dan Penerangan:
Untuk mendapat balasan baik dari Allah s.w.t. dan perlindungan dari azabNya, maka tak dapat tidak seseorang itu mestilah melafazkan kalimah syahadat iaitu menerangkan keyakinannya tentang keesaan Allah, kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan menerangkan keyakinannya bahawa Nabi Isa (a.s.): Hamba Allah dan RasulNya, juga menerangkan keyakinannya tentang adanya balasan Syurga dan Neraka.
Maka sesiapa mati dengan berpegang teguh kepada i'tikad yang demikian nescaya tetaplah ia menjadi ahli Syurga. Dalam pada itu kalaulah ia seorang yang mengerjakan perkara-perkara yang diwajibkan dan menjauhkan diri dari segala yang diharamkan, maka ia akan terus masuk Syurga; kalau tidak maka perkaranya terserah kepada Allah - jika Allah kehendaki diazabkannya menurut dosa-dosa dan kecuaiannya, kemudian dimasukkan dia ke dalam Syurga dan jika Allah kehendaki diampunkannya dan dimasukkan dia ke dalam Syurga.
Kedua - Menentang fahaman Sesat:
Hadis Rasulullah s.a.w. ini menerangkan asas kepercayaan Islam yang menolak bulat-bulat kepercayaan dan fahaman:
(1) Orang-orang Kristian yang mengatakan kononnya Nabi Isa anak Tuhan.
(2) Orang-orang Yahudi yang mengingkari kerasulan Nabi Isa.
(3) Puak-puak yang mengatakan tidak ada Syurga dan Neraka.

Monday, August 16, 2010
KHASIAT AL FATIHAH
suatu keterangan lain tentang khasiat al fatihah selesai sembahyang solat 5 waktu (20x) berarti tiap hari dia membaca 100x nescaya allah akan meluaskan rezekinya sebagai imbalannya di sisi allah dan menjadi baik .Diterangkan dihatinya,dimudahkan segala urusannya dan disampaikan hajatnya oleh allah .dia juga dikeluarkan dari jalan kesulitan.
anda boleh cuba sampai berhasil jangan jemu,jangan malas dan sebelum anda berhasil ingat!!!tuhan anda dimana saja anda berada......
solat subuh 30x
solat zuhur 25x
solat asar 20x
solat maghrib 15x
solat isyak 10x
jumlah..100x
maka apa yang menjadi keinginan insyaallah akan dikabulkan..
sumber..rahsia al fatihah dan khasiat ayatul kursi-ustaz musannif effendie

KELEBIHAN AYAT AL QURAN
SEBUAH HADIS NABI S.A.W MENERANGKAN ;SEPULUH MACAM YANG DAPAT MENYEBABKAN TERTOLAKNYA SEPULUH PERKARA-
1-Surah al fatihah yang menyebabkan tertolaknya murka allah.
2-Surah yaasin yang menyebabkan tertolaknya haus dari dahaga hari kiamat.
3-Surah ad-dukhon yang menyebabkan dapat tertolaknya huru hara dihari kiamat.
4-Surah al -waqi'ah terhindar dari kefaqiran/keiskinan di dunia.
5-Surah tabarok (al-mulku) menolakkan azab kubur
6-Surah al kausar menolak segala dendam khasumat dan permusuhan.
7-Surah al kaafirun menolak kekufuran ketika sakaratul maut.
8-Surah al ikhlas menolak sifat kemunafikkan.
9-Surah al falaq menolak sifat hasad dengki serta iri hati.
10-Surah an naas menolak segala macam kewaswasan di hati manusia.

Subscribe to:
Posts (Atom)